19 Jun 2019

Raya Bawah Jambatan?

Hi guys! Salam lebaran buat umat islam seantero dunia ;)

Setelah sekian lama diri ini menyepi, kini muncul kembali. Huihuuihuiii
Last post yang raya tahun lepas kan? So ni pun nak post raya jugak lah. Memandangkan kita masih di bulan Syawal maka diri ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun maaf dipinta sebab tak update blog. Fuhh rasa kekok nak menaip, sebab dah hampir setahun meninggalkan blog ni. Nasib baik lah blog ni masih menerima diri ini. 



Acamne raya tahun ni? Meriah ke idok? Cik rika tak berapa nak sakan beraya sebab raya keempat dah kena balik ke universiti. Al maklum lah hidup seorang pelajar universiti ni kan. Assignment berlambak, dengan final presentation lagi. Fuhh penat oii (ni lah salah satu sebab tak sempat nak menaip blog) Dalam kesibukkan assignment tu, sempat jee beraya ke hulu ke hilir. Tengok tajuk mesti curious kan? Raya bawah jambatan, acamne tuu? Cik Rika takde rumah ke? 

Sabar, meh Cik Rika kongsi cerita ngan korang eh. Sekarang ni kan heboh jee kat feed instagram gambah jambatan angkat Kuala Terengganu tuu. Alah yang ala ala London Bridge, tapi ni versi Malaysia punya. Semua tak lepas peluang nak bergambar berlatar belakangkan jambatan angkat tu. So Cik Rika sebagai rakyat negeri Terengganu ni wajib lah bergambar jugak! Baru lah anak Terengganu gitu!

Sat naa nak waze jalan ke jambatan hati kita. Eh gurau jee.
Bawak bersabar yeee, tengah carik gambar ni. Hahahhaa
.
.
.
.
.

Salam lebaran dari Drawbridge uollss. 

Dapat jugak background drawbridge.
Masa Cik Rika pergi ni raya ketiga. Makanya penuh manusia di sekitar duk bergambar. Cik Rikaa ambik dari jauh jee, asal ada gambar ootd nak upload dekat instagram kan. Terengganu jee kan, lepas ni boleh pergi lagi semata nak ootd. Cehh kau berlagak eh. Hahahhaa. Setakat ni jee lah cerita raya Cik Rikaa, nanti share lah cerita raya korang sekali yee, nak lah jugak tau. Doakan Cik Rikaa untuk final exam minggu depan yee, nak sambung study dulu. Babaii guys! 

#Psst pssttt kalau Cik Rikaa buat vlog raya okay ke?



11 Julai 2018

Raya ft Pulau.


Selamat tengahari guys!

Seperti yang dijanjikan saya akan update cerita raya dipulau pulak. Betul lah sesuatu yang tak dirancang or we call as last minute plan ni memang selalu jadik khenn, 90% boleh proceed ke step seterusnya. Contohnya cerita raya saya kat pulau ni lah, last minute punya plan sebenarnya.

Tempat perbincangan.

Pantai tak pernah mengecewakan.

Alkisah di hari raya ketujuh, kami sekeluarga keluar jenjalan pastu singgah kat pantai(well terengganu banyak pantai so haruslah beraya pun ke pantai) Masa tu satu keluarga except my daddy yang tak ikut atas sebab tertentu, berlatarkan view pantai, angin bayu yang menyapa suasana pastu ditambah lagi dengan hidangan ikan celup tepung, ais jagung etc kitorang borak borak cam biasa. Out of the blue, kakak sulung cakap 'kak long dok rajin gi lagi perhentian'. Yeahh can you imagine rakyat terengganu tapi tak pernah jejakkan kaki ke Pulau Perhentian, sedangkan pengunjung dari negeri lain berpusu pusu ke Pulau Perhentian. So bila rakan sekerja tanya kakak saya 'camne Pulau Perhentian? Cantik tak?' ofcos she can't give the answer. Awkward jee nak bagitau tak pernah pergi sana khenn. Saya ngan abang saya dah pernah pergi so tak mengalami situasi awkward begitu, saya boleh bagitau 'Perhentian cantik sangat! Tak puas snorkelling!' And yeahh kalau ajak pergi lagi memang saya nak pergi. 

Tepi pantai ada buaian fuhhhh.

Disebabkan kakak kakak yang tak pernah pergi so kami decided nak pergi keesokan harinya. What? Chill lah rumah saya nak ke jeti lebih kurang 30 minit jee, tak jauh. So petang tu terus my daddy call his friend nak book bot pergi pulau besok, at that time semua sibuk kemas baju (acah jee, padahal sehari jee pun pergi. hhahahaha)

Memandangkan saya dah pernah pergi so saya guna pakai tips ni (Tekan sini)  So kita buat cool jee sebab dah berpengalaman, giler acah pompuan ni khenn. Kak long yang paling excited siap nak bawak luggage, sape nak heret luggage dalam air? haa jawab. Hahhaahaa. My mummy prepare bahagian makanan, sebab makanan kat sana a little bit mahal. Lagipun kitorang pergi satu hari so boleh lah nak bawak bekal sendiri. Selain kak long, anak buah buahan saya pun excited, tak tido malam haa nak main air, tak sabauuu betul.

Pagi raya kelapan dua buah kereta bertolak ke jeti Kuala Besut, pukul lapan pagi dah kat sana tunggu bot. Lepas naik bot sume dia stop dekat fauna bay tak silap, kami nak tukar baju pastu untuk buat water confident, kalau yang saya pergi dulu terus dia drop dekat first point pastu kena snorkelling takdenya nak water confident dah macam survival skill pulak time tu. Paling excited tak takut air anak buah buahan lah, seronok betul budak berdua tu bila dapat main air laut pakai life jacket lagik seronok sebab terapung khenn. Kakak kakak dengan adik laki saya tak berapa nak confident so setiap kali bot drop kat point diorang tak snorkelling, tak berani katanya pastu tak yakin ngan life jacket, saya memang turun semua point, turtle, shark, coral, fish. Sebab bot saya ada dua family pastu ada budak budak ramai so driver boat banyak drop dekat tepi pantai so kaki boleh pijak tanah, kat situ lah semua orang turun main air yang mana tak confident pun confirm jadik confident hahahahaa. Pastu benti makan and sambung snorkelling mandi dekat lata air berani and boat hantar kitorang kat fauna nak tukar baju solat sume. Lepastu balik, memang penat ah sume campur muka saya takyah cakap suntan! Malam tu berkemas sebab besok pagi saya dah nak balik USA tskskk. 

air bluemint ke ni?

baby shark doo doo doo punya point.

Sini ada ikan ikan jugak.



Perkampungan, ada sekolah masjid kedai makan.

Kreatif khennn jeti dia. HAHAHA.

Balik duluuu, jumpa lagi Pulau Perhentian.

Cuti cuti ni taknak snorkelling ke? Tambah suntan kat muka ni haa, muka belang tak kisah asal hati senang khenn, datang lah ke Pulau Perhentian tak menyesal! And kali ni saya tak hiking sebab ada budak budak so tak sesuai untuk aktiviti hiking. One more thing, pergi pulau kalau tak snorkelling memang rugi! So be confident! See you soon guys!

10 Julai 2018

Raya? Why not.

Hai guys! so sekarang saya tengah cuti semester sebab baru habis exam. Alhamdulillah untuk semester kedua dan tahun pertama ini. Blog pun dah lama menyepi, i didn't have enough time untuk update new entry, asyik site visit assignments manjang walaupun banyak story yang nak share, tapi apakan daya daku kesuntukkan masa. Memandangkan cuti bermula dan saya dah free dari segala assignments test etc saya akan cuba sedaya upaya untuk selalu update entri baru yee. #Prayforme !


First syawal acah ayu ayu gitu :)
It's still Syawal right? So why not kita mula dengan entri raya 2018! Selamat hari raya maaf zahir dan batin guys, walaupun kita tak kenal khenn, maaf kalau tersalah bahasa dalam berblogging, terlepas pandang sebarang komen. So let's raya again ... i mean let's start with my raya stories.

First syawal macam biasa, bila dah usia makin meningkat ni so strategi raya mula mengalami tranformasi (tudiaaa ayat) Maksudnya dulu zaman budak budak first raya lah nak pakai baju paling letops nak bergaya sebab nak menunjuk kat kengkawan konon paling diva khenn. Pastu bergaya bawak beg nak kutip duit raya kat rumah jiran jiran, bab makan tak kisah pun asalkan dapat duit raya. Tapi tu dulu, zaman budak budak. Sekarang first raya pakai baju raya simple jee sebab dah tahu kena duduk dapur jee, keluar beraya pun area depan rumah jee, nak jauh sikit balik kg tapi still kena masuk dapur #anakperempuan. Raya tahun ni patutnya semua beraya kat rumah my parents, tetiba kakak raya kat rumah mertua dia dulu so tak complete jugak lah gambar keluarga kali (antara benda paling susah nak capai target) 

Second syawal, struggle nak posing kat situ takyah cite :')

Hari kedua raya bermula lah sesi bergaya dengan baju raya yang letops untuk keluar beraya tetapi tak dapat duit raya. Hahahahaha. Raya rumah kawan kawan cikgu cikgu jee. Since raya kali ni saya diserang oleh segerombolan ulser (enam bijik jee tak banyak!) so pergi beraya pun takleh nak makan banyak sangat, makan guna sudu uolss sebab sakit sangat, so memang takleh nak merasa sangat keenakan juadah hari raya. Okay ini betul betul sedih, lagi sedih daripada tak dapat duit raya! Dah besar lebih kisah nak makan jee khennn. Memandangkan saya nak final exam lepas raya so just dapat raya seminggu jee lepastu balik universiti beraya ngan buku pulak. Walaupun kejap sempat lah jugak merasa pergi open house, celebrate birthday, bawak kucing kucing pergi klinik (eh tiberrr?) paling epic beraya di pulau okay! Disebabkan ni waktu lunch hour so saya nak lunch dulu nanti next entry saya update cerita raya di pulau pulak yee. Selamat hari raya :)