29 April 2017

Getting Better



Hai bloggers,

Dah lama daku menyepi dari alam mengarang puisi yang begitu puitis ini. Ok gurau jee, memang dah lama betul saya menyepi dari laman ni. Mintak maaf lah kepada para peminat blog saya ni kerana asyik entri lama jer kat blog ni. (peminat pebenda entah? Hahahaa) Actually, one week ago i got fever. Agak teruk lah sehingga kan saya tak larat nak bangun untuk menjalani hari hari dengan bahagia. Masatu saya dan katil berpisah tiada, memang baring jee manjang. Sumpah wei tak larat langsung nak duduk lama-lama, bila malam jee dia punya sakit sakit badan nak tido. Sadiss tau, my mom siap urut dan bertungku lagi dekat saya ( dah rasa macam tengah pantang wei ) 

So sekarang ni saya dalam recovery phase lah ( istilah cipta sendiri ) Otak saya masih blur blur nak menaip pasal apa? nak share apa? Banyak jee citer yang duk bermain dalam kepala otak ni, tapi tu lah dia macam berserabut so tak tau yang ni point isi mana yang ni penutup yang mana. Kalau buat essay time ni confirm kena reject dengan cikgu, takpun markah paling rendah. So sebagai langkah selamat saya tak nak mengarang entri yang pelik berbelit begitu, just fun fun jee gitu ( rosak bahasa ) Hahahaa.



Ubat dengan air jee boleh telan.

Cenggini lah rupa den, dengan tisu sekotak habis.

Sebab sekarang musim panas kan, so banyak banyak dan rajin rajin lah minum air masak okay, macam iolss sendiri memang dalam bilik akan ada sebotol air ( sebenarnya pemalas nak turun dapur ) so bila dahaga ke haus ke kekeringan ke terus minum air okay. Air masak is good for our body ! Jangan berjemur sangat yee uolls, tak lawak kalau jam 11 kau masih nak berdiri tengah padang ( i don't like sport sebab padang sebab panas dan berpeluh )


1) Sleep. i love it when i got sick! Time sihat pun memang saya mencintai tido. Hahaa.
2) Chicken noodle soup. Haritu air masak dengan ubat jee boleh masuk perut ( i got ulcer and i lost my appetite. sob sob. Penurunan berat badan yang jitu)
3) Water. I love it, but i love sleep more than it :D
4) Fluffy blankets. Such as good combination with sleep.
5) Tissues. It very very very very work when i got flu.
6) Avoid infecting others. Yes! Someone balik sini tapi saya tak bagi datang jumpa. ( konon bimbang kot berjangkit, padahal gaduh pasal buku )


Kbaii, have a nice day :D


16 April 2017

#1 Giveaway by The Aaisy



                                 

14 April 2017

Ulangtahun ( Tiga Bulan )

Hai,

Terlebih dulu nak bagitau, jangan salah paham yee, bukan ulangtahun perkahwinan atau seangkatan dengannya. Status : saya belum kahwin! Just nak bagitau saya dah tiga bulan guna produk Nano White Fresh! Bukan entri berbayar hanya ingin berkongsi kebahagiaan sepanjang menjadi peminat fanatik Nano. Eh? Maksud saya pengguna yang setia. ( Baru tiga bulan dah berlagak )

Sebelum ni pun saya dah pernah publish entri sal Nano ni, so boleh baca kat sana. Entri kali ni cuma nak bagitau saya makin jatuh cinta dengannya dan membuatkan saya sentiasa excited apabila melihat produk ni kat mall etc. Akibat daripada rasa excited tu saya telah menambah ahli keluarga mereka. Hahahaa. Saya menanam hasrat untuk mencukupkan anak beranak tersebut agar mereka menjadi keluarga yang harmoni ( padahal masalah diri sendiri suka membeli )


So itulah keluarga mereka yang makin bertambah, siap taruk dalam bakul macam nak bagi hantaran jee. Nampak tak excited di situ? Saya baru beli anti dullness scrub, gel cleanser (kat Giant tak jumpa yang ni) and the last one is aqua sleeping essence a.k.a sleeping mask. So tiga ahli baru telah ditambah. Dah makin lengkap gitu, satu jee lagi tak beli iaitu milk cleanser. Milk cleanser ni boleh jugak guna untuk cuci mekap. Nanti lah next time beli nak cukupkan keluarga bahagia lagi harmoni ni. Hahaa ( nampak tak perangai suka membazir ) Nak review ke untuk satu satu produk? Nanti lah ada masa terluang dan mood yang baik yee, sekarang dah lewat tambahan baru balik kenduri. Curi masa jee ni kejap nak jenguk blog. Kbaii :D

13 April 2017

Cinta Dari Indonesia



Hai, 

Dah hampir seminggu saya tak bersiaran di blog tercinta ini. Harap maaf, sedikit kesibukan kerja kerana rumah saya baru jee siap renovation so i need to help my mother to do housekeeping. So tired! Nak kena basuh kemas mop bilik saya yang seperti rumah tinggal. Alhamdulillah saat duka dan lara itu dah makin berlalu, dah boleh tido bilik sendiri dah, takde lah menumpang bilik lain. 

Dalam kesibukan tersebut saya masih sempat bersiaran di instagram yee, masih giat join giveaway. Apakah? Dipendekkan perenggan, entri ni kesinambungan entri tentang buku #88 love life tu. Ingat tak yang saya mood hancur sebab buku tu tinggal volume 2 jee? Tak ingat? Atau lebih tepat tak tau? Pergi lah usha entri saya yang lepas lepas yee, pastu baru paham cerita ni. Sebab dah frust haritu kan, saya cuba lah usha buku tu kat instagram, nak dijadikan rezeki masa tu tengah hot combo #88 love life, maksudnya boleh beli volume 1-3 sekaligus beserta dengan free gift, dan yang paling menarik dapat tandatangan the author Diana Rikasari lagi! Ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal. Siap survey harga yang mana berpatutan sebab setiap seller letak harga lain lain (keuntungan disitu) Terus whatsapp si Aqilah mintak tolong dia belikan. Dia setuju, saya terus order.

Malam 9 April, sebelum tido harus lah jalankan rutin harian kan, iaitu scroll instagram. Tup tup seller hantar tracking number, wah excited nya! Keesokan harinya, (macam buat karangan) duk ralit mengecat rumah, tiba tiba 'pin pin pin pin' van pos laju di hadapan rumah! Sabar jangan tunjuk excited sangat kot barang orang lain yang sampai. So my father yang keluar pergi ambik. And guess what? The parcel if for me! Dah sengih sampai ke gusi telinga semua dah masa tu. Tengok jee kotak tu, sayang kau nak bukak! 

The parcel !

Bukak jee kotak tengok ada bungkusan polka dot, oh my! why you're so sweet plus cute? Nak nangis dengan kecomelan nya. Kebahagiaan melanda ketika itu, the polka dot boleh bawak pergi picnic buat alas our snacks. Dah kenapa sampai ke picnic bagai?

                       

Again! rasa nak cry cry jee. Kan dah cakap tadi ada free gifts, ad tumblr, eye do from emina (brands make up Indonesia maybe) post card ada tiga keping pastu ada note books, dan semestinya #88 love life all volume! Dia punya teruja tu takleh nak describe! Untuk volume 2 saya dapat design cover yang baru, ad blink blink gitu, yang S beli hari tu yang cover lama. Lupa pulak nak ambik gambar sign akak Diana, maklum lah excited! So ni lah cinta dari Indonesia, korang jangan lah duk imagine yang saya nak kahwin dengan orang sana pulak yee. Hahaa. 

Dengar citer #88 love life X emina cosmetics ada buat workshops secara percuma dan disertakan dengan tools and goodies bag? Kat mana? Lippo Kemang Village (Jakarta) Bila? 14 April 2017, besok lah kan? sempat lagi kot sesape nak booking tickets ke sana lagipun jam 3 petang besok bermula. Nak tahu lebih lanjut tengok dekat official instagram #88 love life.

Kbaii, nak sambung bercinta :D



7 April 2017

BLOGLIST CIK KEJU PENYET !

Ini hanya entri ucapan terima kasih kepada blogger CikKejuPenyet ! (CKP, senang senang jee nak ringkas kan nama orang)

Hari tu CKP ada buat contest kepada sesape yang berminat nak masuk dalam bloglist beliau. So dipendekkan cerita saya join lah contest tu untuk mencuba nasib, mana lah tahu ada rezeki masuk bloglist kan? Maklum lah blogger baru belajar. Tanpa diduga bukak blog tadi pastu usha usha lah entri baru oleh para blogger yang makin meningkat naik. Tup tup ternampak CKP update entri pasal pemenang untuk contest tersebut, terus excited baca entri tu. Sekali lagi tanpa diduga saya merupakan salah seorang PEMENANG yee ! (mohon beri tepukan gemuruh) Tak sangka weh bertuah jugak nasib saya.

Apa? tak percaya saya menang? Blogger ceruk bumi ni menang jugak? Dah pergi lah usha blog CKP tengok bloglist tu ada tak nama Princess Erika (mohon jangan muntah dengan nama princess tu) Nah link ke sana yee Senarai Pemenang Pencarian Bloglist April - Jun 2017 Untuk pengetahuan saya nombor dua puloh lapan yee, 28. Tak percaya kan.

By the way, Thanks CKP sebab buat contest tu :D Next time buat lagi yee, hahahaa. Babaii uolls.



3 April 2017

DIY Sentiasa Menarik Dihati

Kembali bersama saya dalam rancangan deko deko bersama Rikaa. Hahahaa saja ambik feel interior designer etc baru lah bersemangat kan nak menaip cerita, kan hambar takde orang baca pulak blog ni (kepada yang sudi singgah terima kasih banyak banyak) Tak nak bebel banyak sangat sebenarnya, nak straight to the point, kalau boleh nak ambik short cut biar cepat sampai ke rumah pastu masuk dapur bukak tudung saji terus makan ayam goreng, oh sedap nyaa (ops terbebel lah pulak?)

Memandangkan hari ni cuaca hujan jee dari pagi ke petang so kita mengadap lah internet online dua puluh empat jam yee. Makanya teringat lah pulak dengan potret yang kawan saya bagi awal tahun lepas as a new year gift (bukan ke kau yang komen mintak gambar tu?) Okay kita lupakan part saya yang mintakdenganmukatak malu. Tapi dia bagus sangat, memandangkan dia tahu saya sangat adore terhadap Paris atau lebih spesifik lagi The Eiffel Tower, makanya dia bagi lah jugak potret eiffel tu, siap berbalut dan dililit dengan ribbon lagi. Mana nak cari kawan laki yang baik begitu? So, sebagai penghargaan buat si teman yang baik hati, maka saya telah mendapat idea untuk menframekan lukisan tersebut. Dah usha frame kat kedai tapi takde yang sesuai dan menarik. So apa kata kita guna khidmat google dengan mengusha DIY? Yes do-it-yourself. 



Wah yang ni colourful sangat macam nak deko tadika jee? Hmm macam tak masuk jee dengan Paris saya yang gorgeous itu. Okay next.


Salah satu faktor kenapa saya berkenan dengan deko yang simple ini kerana ada Paris di situ. Yee seketul Paris itu berjaya mempengaruhi minda kecilku. Simple but nice lah kan? Okay yang ni boleh masuk list idaman hati.


Yang ni gaya minimalis gitu. Sesuai untuk definisi dewasa tapi masih jelita HAHAHAA definisi apakah itu? Yang ni macam sesuai sangat untuk si gorgeous itu. let's imagine, duk atas katil pandang benda ni kat dinding depan korang, maksud saya pandang lukisan Paris disitu. Tidak kah anda berasa seperti sedang honeymoon di Paris? *angkat kening sebelah* Saya rasa DIY ini menarik dan kita gantikan 'modern chemistry' dengan majalah fashion atau novel love story bersama pasu yang diisi dengan kuntuman ros segar. Ok terlebih describe untuk gambar ni kerana keterujaan yang melampau dan masih teruja.


Yang ni iklan sahaja kerana hanya mampu berangan sebab saya tak mampu nak do-it-yourself . Cantik kan? Beruntung sape yang berseni dan mampu menghasilkan frame ini. It's looked like seramic flower right? 



Tak nak tipu orang lain, lebih tepat lagi tak nak tipu diri sendiri dengan harapan palsu. Sebenar benarnya yang ni lah saya paling mampu nak DIY. Sumpah saya mampu ambik sailortape potong dan tampal sebegitu tanpa memikirkan reputasi diri akan jatuh kerana akan dibebel oleh umi (umi akan cakap tangan saya takde seni) Lagi teruk lukisan tu akan cepat kotor tak pun jatuh lalu ditiup angin ke bawah katil. Mana penghargaan yang dikatakan di perenggan atas tadi? (nantikan sambungannya)


PERSOALANNYA : BERJAYAKAH SANG PUTERI MEREBUT HATI SANG PUTERA? EH BUKAN! MAMPUKAH SAYA MEMBERI PENGHARGAAN BUAT SANG TEMAN?




Sedikit iklan terakhir, adakah itu yang dikatakan seni? Adakah Paris atau bunga yang cantik? 





2 April 2017

Membaca Amalan Mulia

Hai readers !

Amboi tajuk kemain kang, jangan salah faham yee, entri ni bukan lah entri karangan UPSR, PT3 etc. Entri ni dibuat untuk mendedahkan atau pun membongkarkan tentang kesukaan saya, ya kesukaan iaitu benda yang saya suka buat dalam hidup saya, secara khususnya HOBI yee. Tidak dapat dinafikan, salah satu hobi saya adalah membaca. Dari kecik lagi parents saya dah dedahkan saya untuk bercinta dengan buku buku, bila keluar membeli belah selain anak patung (barbie) saya akan membeli buku seperti 'sang kancil dan harimau' dan pelbagai sang kancil lagi (kancil kang bijak so parent harap dengan membaca cerita sang kancil si anak turut bijak) hahaa. Dari sekecil kecil buku sehingga lah sebesar besar buku saya akan beli. Alhamdulillah tabiat tu berkekalan sehingga sekarang, bila dah meningkat remaja saya mula meminati novel pelbagai genre, cinta seram thriller lawak serius bla bla bla semua saya baca. 

Tunggu, saya bukan book worm. Buku sejarah tak suka pun baca sebab mengantuk (mohon ampun yee cg sejarah) Hahaa. So kita terus kan sesi imbas kembali yee. Semalam 'someone' whatsapp saya cakap hari ni dia nak pergi kedai buku (kilang bateri JB) nak cari buku yang saya nak so dia mintak tajuk buku tu. Like seriously? Someone nak pergi kedai buku untuk saya? fyi, 'someone' tak suka membaca (sifat yang bertentangan dengan saya) semua jenis buku dia tak suka sehingga lah nak study untuk exam pun saya yang bacakan (terok betul perangai) Ok kita teruskan lagi, so saya bagi tajuk buku tu #88lovelife seriously saya dah lama mengidam nak kan buku tu! Limited and susah nak jumpa kat kedai buku yang biasa biasa. Fyi, lagi sekali buku tu dah sampai volume 3! volume 1 pun saya belum dapat T.T sob sob sob. Dipendekkan cerita, saya cakap kat kedai tu ada volume 2 and 3 so saya dah booking dengan boss dia, so senang lah 'someone' nak beli nanti.

Dialog whatsapp dengan 'someone' :

me : tapi, i nak buku tu dua dua tu pun sebab volume 1 takde,it's about rm90. Boleh tak?
someone : yee, dua dua. Boleh.

Pagi tadi 'someone' telah selamat sampai ke destinasi yang dituju (kilang bateri) 

someone : buku tu ada volume 2 jee, volume 1 dah tak keluarkan. Volume 2 ni pun last one dah tadi.
me : hmm kenapa takde? alahhh.
someone : nanti kita tengok kedai lain yee? mana tau ada :D 
me : okay.

Wait ?Semalam saya whatsapp boss kedai cakap nak booking kang? Kenapa sold out? Kenapa? But it's okay, sebab 'someone' cakap next time dia carikan lagi. Mood saya dah macam lalang ditiup angin, kejap okay kejap tak sebab buku tu. Btw thank to 'someone' sebab dah luangkan masa cuti pergi carikan buku tu, siap janji nanti next time dia cari lagi sebab saya dah macam kucing mati laki gitu. Hahaa. Tak sabar nak tunggu buku tu sampai ke tangan saya (mata bersinar sinar)

one two and the new one volume three !

Rindu pulak nak dengar 'someone' bebel kan saya sebab keluar nak dating tapi saya ralit dengan novel hahaa. Paling lawak bila dia teman kan saya ke kedai buku pastu saya beli buku, dalam keta mesti dia warning cakap 'simpan dulu buku tu, sampai rumah baru bukak.' Dia dah tahu kalau saya dapat buku ke novel ke saya memang tak layan dia (jadi tunggul lah dia) Tak pun bila saya bagitau saya beli buku baru, dia akan cakap 'bukan ke haritu baru beli? dah habis baca belum?'  Hahahaa saya lebih cintakan buku okay. :D ( 'someone' tak baca blog sebab dia tak suka membaca) Tapi agak kuanghajo 'someone' siap ambik gambar kedai buku nak suruh saya jealous T.T sob sob sob.






I LOVE BOOKS BUT I'M NOT A BOOK WORM :D