13 April 2017

Cinta Dari Indonesia



Hai, 

Dah hampir seminggu saya tak bersiaran di blog tercinta ini. Harap maaf, sedikit kesibukan kerja kerana rumah saya baru jee siap renovation so i need to help my mother to do housekeeping. So tired! Nak kena basuh kemas mop bilik saya yang seperti rumah tinggal. Alhamdulillah saat duka dan lara itu dah makin berlalu, dah boleh tido bilik sendiri dah, takde lah menumpang bilik lain. 

Dalam kesibukan tersebut saya masih sempat bersiaran di instagram yee, masih giat join giveaway. Apakah? Dipendekkan perenggan, entri ni kesinambungan entri tentang buku #88 love life tu. Ingat tak yang saya mood hancur sebab buku tu tinggal volume 2 jee? Tak ingat? Atau lebih tepat tak tau? Pergi lah usha entri saya yang lepas lepas yee, pastu baru paham cerita ni. Sebab dah frust haritu kan, saya cuba lah usha buku tu kat instagram, nak dijadikan rezeki masa tu tengah hot combo #88 love life, maksudnya boleh beli volume 1-3 sekaligus beserta dengan free gift, dan yang paling menarik dapat tandatangan the author Diana Rikasari lagi! Ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal. Siap survey harga yang mana berpatutan sebab setiap seller letak harga lain lain (keuntungan disitu) Terus whatsapp si Aqilah mintak tolong dia belikan. Dia setuju, saya terus order.

Malam 9 April, sebelum tido harus lah jalankan rutin harian kan, iaitu scroll instagram. Tup tup seller hantar tracking number, wah excited nya! Keesokan harinya, (macam buat karangan) duk ralit mengecat rumah, tiba tiba 'pin pin pin pin' van pos laju di hadapan rumah! Sabar jangan tunjuk excited sangat kot barang orang lain yang sampai. So my father yang keluar pergi ambik. And guess what? The parcel if for me! Dah sengih sampai ke gusi telinga semua dah masa tu. Tengok jee kotak tu, sayang kau nak bukak! 

The parcel !

Bukak jee kotak tengok ada bungkusan polka dot, oh my! why you're so sweet plus cute? Nak nangis dengan kecomelan nya. Kebahagiaan melanda ketika itu, the polka dot boleh bawak pergi picnic buat alas our snacks. Dah kenapa sampai ke picnic bagai?

                       

Again! rasa nak cry cry jee. Kan dah cakap tadi ada free gifts, ad tumblr, eye do from emina (brands make up Indonesia maybe) post card ada tiga keping pastu ada note books, dan semestinya #88 love life all volume! Dia punya teruja tu takleh nak describe! Untuk volume 2 saya dapat design cover yang baru, ad blink blink gitu, yang S beli hari tu yang cover lama. Lupa pulak nak ambik gambar sign akak Diana, maklum lah excited! So ni lah cinta dari Indonesia, korang jangan lah duk imagine yang saya nak kahwin dengan orang sana pulak yee. Hahaa. 

Dengar citer #88 love life X emina cosmetics ada buat workshops secara percuma dan disertakan dengan tools and goodies bag? Kat mana? Lippo Kemang Village (Jakarta) Bila? 14 April 2017, besok lah kan? sempat lagi kot sesape nak booking tickets ke sana lagipun jam 3 petang besok bermula. Nak tahu lebih lanjut tengok dekat official instagram #88 love life.

Kbaii, nak sambung bercinta :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan