2 April 2017

Membaca Amalan Mulia

Hai readers !

Amboi tajuk kemain kang, jangan salah faham yee, entri ni bukan lah entri karangan UPSR, PT3 etc. Entri ni dibuat untuk mendedahkan atau pun membongkarkan tentang kesukaan saya, ya kesukaan iaitu benda yang saya suka buat dalam hidup saya, secara khususnya HOBI yee. Tidak dapat dinafikan, salah satu hobi saya adalah membaca. Dari kecik lagi parents saya dah dedahkan saya untuk bercinta dengan buku buku, bila keluar membeli belah selain anak patung (barbie) saya akan membeli buku seperti 'sang kancil dan harimau' dan pelbagai sang kancil lagi (kancil kang bijak so parent harap dengan membaca cerita sang kancil si anak turut bijak) hahaa. Dari sekecil kecil buku sehingga lah sebesar besar buku saya akan beli. Alhamdulillah tabiat tu berkekalan sehingga sekarang, bila dah meningkat remaja saya mula meminati novel pelbagai genre, cinta seram thriller lawak serius bla bla bla semua saya baca. 

Tunggu, saya bukan book worm. Buku sejarah tak suka pun baca sebab mengantuk (mohon ampun yee cg sejarah) Hahaa. So kita terus kan sesi imbas kembali yee. Semalam 'someone' whatsapp saya cakap hari ni dia nak pergi kedai buku (kilang bateri JB) nak cari buku yang saya nak so dia mintak tajuk buku tu. Like seriously? Someone nak pergi kedai buku untuk saya? fyi, 'someone' tak suka membaca (sifat yang bertentangan dengan saya) semua jenis buku dia tak suka sehingga lah nak study untuk exam pun saya yang bacakan (terok betul perangai) Ok kita teruskan lagi, so saya bagi tajuk buku tu #88lovelife seriously saya dah lama mengidam nak kan buku tu! Limited and susah nak jumpa kat kedai buku yang biasa biasa. Fyi, lagi sekali buku tu dah sampai volume 3! volume 1 pun saya belum dapat T.T sob sob sob. Dipendekkan cerita, saya cakap kat kedai tu ada volume 2 and 3 so saya dah booking dengan boss dia, so senang lah 'someone' nak beli nanti.

Dialog whatsapp dengan 'someone' :

me : tapi, i nak buku tu dua dua tu pun sebab volume 1 takde,it's about rm90. Boleh tak?
someone : yee, dua dua. Boleh.

Pagi tadi 'someone' telah selamat sampai ke destinasi yang dituju (kilang bateri) 

someone : buku tu ada volume 2 jee, volume 1 dah tak keluarkan. Volume 2 ni pun last one dah tadi.
me : hmm kenapa takde? alahhh.
someone : nanti kita tengok kedai lain yee? mana tau ada :D 
me : okay.

Wait ?Semalam saya whatsapp boss kedai cakap nak booking kang? Kenapa sold out? Kenapa? But it's okay, sebab 'someone' cakap next time dia carikan lagi. Mood saya dah macam lalang ditiup angin, kejap okay kejap tak sebab buku tu. Btw thank to 'someone' sebab dah luangkan masa cuti pergi carikan buku tu, siap janji nanti next time dia cari lagi sebab saya dah macam kucing mati laki gitu. Hahaa. Tak sabar nak tunggu buku tu sampai ke tangan saya (mata bersinar sinar)

one two and the new one volume three !

Rindu pulak nak dengar 'someone' bebel kan saya sebab keluar nak dating tapi saya ralit dengan novel hahaa. Paling lawak bila dia teman kan saya ke kedai buku pastu saya beli buku, dalam keta mesti dia warning cakap 'simpan dulu buku tu, sampai rumah baru bukak.' Dia dah tahu kalau saya dapat buku ke novel ke saya memang tak layan dia (jadi tunggul lah dia) Tak pun bila saya bagitau saya beli buku baru, dia akan cakap 'bukan ke haritu baru beli? dah habis baca belum?'  Hahahaa saya lebih cintakan buku okay. :D ( 'someone' tak baca blog sebab dia tak suka membaca) Tapi agak kuanghajo 'someone' siap ambik gambar kedai buku nak suruh saya jealous T.T sob sob sob.






I LOVE BOOKS BUT I'M NOT A BOOK WORM :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan