14 April 2017

Ulangtahun ( Tiga Bulan )

Hai,

Terlebih dulu nak bagitau, jangan salah paham yee, bukan ulangtahun perkahwinan atau seangkatan dengannya. Status : saya belum kahwin! Just nak bagitau saya dah tiga bulan guna produk Nano White Fresh! Bukan entri berbayar hanya ingin berkongsi kebahagiaan sepanjang menjadi peminat fanatik Nano. Eh? Maksud saya pengguna yang setia. ( Baru tiga bulan dah berlagak )

Sebelum ni pun saya dah pernah publish entri sal Nano ni, so boleh baca kat sana. Entri kali ni cuma nak bagitau saya makin jatuh cinta dengannya dan membuatkan saya sentiasa excited apabila melihat produk ni kat mall etc. Akibat daripada rasa excited tu saya telah menambah ahli keluarga mereka. Hahahaa. Saya menanam hasrat untuk mencukupkan anak beranak tersebut agar mereka menjadi keluarga yang harmoni ( padahal masalah diri sendiri suka membeli )


So itulah keluarga mereka yang makin bertambah, siap taruk dalam bakul macam nak bagi hantaran jee. Nampak tak excited di situ? Saya baru beli anti dullness scrub, gel cleanser (kat Giant tak jumpa yang ni) and the last one is aqua sleeping essence a.k.a sleeping mask. So tiga ahli baru telah ditambah. Dah makin lengkap gitu, satu jee lagi tak beli iaitu milk cleanser. Milk cleanser ni boleh jugak guna untuk cuci mekap. Nanti lah next time beli nak cukupkan keluarga bahagia lagi harmoni ni. Hahaa ( nampak tak perangai suka membazir ) Nak review ke untuk satu satu produk? Nanti lah ada masa terluang dan mood yang baik yee, sekarang dah lewat tambahan baru balik kenduri. Curi masa jee ni kejap nak jenguk blog. Kbaii :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan