31 Julai 2017

Pantai Mangkuk Setiu

Salam sejahtera kepada peminat saya (ampun yee)
Setelah beberapa bulan menyepi, so hari ni rika kembali nak berkongsi secebis kisah hidup rika. Last entri pasal rika demam teruk, actually hari ni pun baru okay daripada demam (pompuan ni memang demam jee ke?) Otak masih tepu nak mengarang ayat ni, tak tau nak tulis apa. Mohon datang lah wahai inspirasi >,< 

Nak buat entri raya tapi bulan syawal pun dah habis, Hahaa tinggal kenangan jee lah. So nak buat entri ramadan lah dulu. Aci jee kan? Tak kisah nak buat jugak. Alhamdulillah ramadan kali ni memang sebulan tu full dapat berpuasa kat rumah, lima tahun sebelum ni asyik sambut bulan puasa kat asrama jee. So tahun ni satu kenikmatan lah sebab dapat puasa kat rumah. Alhamdulillah jugak plan nak iftar dengan rakan rakan pun menjadi jee (biasa janji 20 orang datang 3 orang. Hahahaa) 

Sape aktif facebook sapa aktif instagram? Ramai nyaa mengiyakan. Amboi korang. Sape yang suka usha tempat menarik tempat yang cun untuk bergambar mesti tahu kan tempat tempat yang diviralkan. Like, Pantai Mangkuk Setiu! Nak dijadikan cerita bulan puasa tahun ni yee, Mr.S dengan girls nak pergi klinik gigi (rika hanya menemani, iolls alergik sikit dengan klinik gigi ni. shhh) dalam pukul tiga lebih rasa sampai klinik gigi, tup tup akak nurse cakap dah nak tutup nak pergi bazaar pulak. Makanya kami plan nak ronda ronda area Pantai situ, yee lah nak singgah makan mana boleh puasa woi! Dah sampai pantai turun nak gi main pantai boleh pulak girls cakap nak pergi pantai mangkuk lah boleh ambik gambar. So patah balik nak pergi sana. Gigih tau demi nak gambar cun. Hahaa. Masalah dah sampai Penarek tu weolls tak tau tempat cun tu kat mana, gigih rika google maps tempat tu, sempat lah jugak dok pusing jalan sam tu >,<  Nasib baik ada google maps membantu, sampai lah kami ke destinasi yang ingin dituju.



Tempat ni belakang Terrapuri Heritage Village , so yang mana datang terengganu area Setiu kalau nak menginap sini boleh lah cuba resort ni, nak tahu lebih lanjut usha lah page tu, jangan tanya rika sebab rika tak pernah stay situ (saja promote negeri sendiri.) Nampak atap atap bumbung bumbung tu semua? Tu lah resort nya. Dengar citer kalu nak masuk round round resort tu boleh jee tapi kena bayar pastu dia siapkan minum petang sekali (tak confirm sangat ni) I'm repeat again, don't ask me anything about this resort. Hahahaaa...

Lepastu rika suggest pulak satu tempat cun area situ, rika bukak instagram tunjuk gambar tempat tu, terus girls excited nak pergi. Mr.S redha jee jadik driver bawak girls. Alang alang dah pergi kan, jom kita buat map sendiri pergi situ. Rupa rupanya depat tu jee tempat ni. Tempat ni pernah viral dalam facebook ke twitter masa raya haritu, jambatan roboh sebab ramai sangat dok bertenggek nak bergambar. Hahahahaa. Tapi orang kampung dah baiki balik. Nasib baik pergi haritu puasa so takde orang just budak budak motor dua tiga orang duk bergambar jugak (nak upload instagram lah tu.) So kami bersabar di bulan yang mulia nak tunggu turn kami (dah macam pergi bank kau, nasib takde mesin ambik nombor) 

Jambatan ni pernah roboh, buaian tu pernah putus. Mr.S jee yang duk berbuai haritu.

iolls berbaju kurung ayu gitu. Hahaa


Gambar guna henpon biasa biasa jee, pastu edit nak bagi nampak wow! Tapi sape reti ambik gambar wow memang wow lah! Banyak wow lah pulak! Bertuah rasa jadi anak teganu ada pantai cantik cantik tempat cun tenang cenggini. Next entri kalau rika ada mood menaip rika story trip ke Pulau Perhentian pulak yee. XOXO (kalau facebook keluar love love blog keluar karipap kot. Hahaha)