10 Ogos 2017

Keputusan UPU !

Hai guys!
Dah seminggu berlalu hebahan keputusan UPU bagi kemasukan pada bulan September nanti. Saya merupakan salah seorang calon menunggu seminggu yang lalu, pagi khamis tu punya lah cuak nak tunggu jam 12 nak cek keputusan, makan pun nak tak nak jee. Punya lah nervous tau, sejuk kaki tangan masa duk mengadap laman web UPU.

TAHNIAH ANDA BERJAYA bla bla blaaa !

Perasaan masatu tak tau nak describe perasaan camne, bercampur baur dah. So saya tak nak korang tertanya tanya saya dapat kos apa? sambung uni mana? So saya bagitau jee lah, kot kot ada yang dapat sama kos dengan saya kee, dapat sama uni kee kan? Boleh ah jadik kawan baru (Sebenarnya tengah bimbang dapat kawan kawan camne nanti T.T) 

So saya dapat tawaran untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti di UITM Shah Alam. Saya sendiri tak pasti kos ni camne, so ada lah usha usha kos ni pastu contact senior yang ambik kos ni, melalui penjelasan senior tu kos ni okay, kena dengan jiwa saya! Buat hati kita melonjak lonjak tau! (nampak tak betapa bahagianya pompuan ni) So sekarang saya tengah busy (kononnya) dengan persiapan nak masuk uni, so tak sempat nak cek blog ni sob sob sob.. (hakikatnya pemalas) Sape sape yang tau pasal kos ni boleh tinggalkan komen atau dm instagram saya yee (cepat respon kat instagram). Sape sape jugak yang study dekat UITM Shah Alam pun harap bagi kerjasama jugak yee, just nak tau camne environment kat sana, camne kolej. Terima kasih :)

2 ulasan: