31 Ogos 2017

Menara Gading

Halooo!

Sesape yang baca entri saya sebelum sebelum ni mesti tau kan, saya dapat sambung belajar. Masa zaman bebudak dulu selalu eksaited kalau sebut 'menara gading' rasa wow hebat nya! Teruja sangat. Tak sangka lagi tiga hari saya akan jejakkan kaki ke 'menara gading' kali ni saya yang stay sana bukan sekadar pergi hantar orang jee. Teruja ni nak pergi tempat baru. So segala peralatan periukbelanga pun dah hampir siap kemas! Dah lama tak kemas barang banyak banyak camni, hampir kosong almari. Semua benda nak angkut sekali ke sana. Umi cakap 'meme dokse kelik terus ko tigo tahun?' Hahahaa, punya lah banyak. Dah nama pun perempuan memang banyak lah barang barang :') Bila lagi kan nak feeling bawak barang banyak banyak? 

Kelmarin dah keluar dengan US makan makan kejap, jumpa sebelum masing masing dah makin sibuk dengan uni kan. Tak sangka dulu belajar sekali sekarang dah berdikari eh kita semua? Takde yang dapat satu uni pun, masing masing jauh :') Nanti rindu ah suasana dalam kelas dulu dulu dengan mereka. Nakal nauu dulu, hahahaa.


KFC dah siap renovate. Acah hipsturr jee, beratur kemain makin panjang -,-'

Tengahari tadi pulak cik misi datang rumah kita nak melawat. Sweet ar cik misi ni, ada sifat penyayang di situ. Hahahaa, sebab kelmarin dia ada hal so tak dapat join kitorang so tadi dia datang rumah bagi pesanan. Takkanku lupakan pesanan mu wahai cik misi :')


My stationery :D

Nampak tak ke 'eksaitedan' di situ? Kemain banyak warna warni lagi alat tulis iolss. Saya memang takleh tengok benda benda comel begitu, warna acah acah pastel gitu. Haish semua nak beli! Guna tu tak berapa kot? Beli notebooks comel comel konon nak up spirits buat nota (biasanya jenis sayang nak guna buku comel) Saya suka beli end up tak guna sebab apa? Sebab sayang. Saya ni penyayang orangnya eh? Kali ni nak buat azam baru, nak guna semua notebooks tu. Kena jadik budak rajin tau! 


Why so pinky?

Masuk part barang mandian lah pulak! Tak tau lah kebetulan ke suratan ke ape, semua barang terbeli warna merah jambu. Tapi comel jugak warna merah jambu ni kan? Jangan buat obses dengan barang merah jambu pulak ye :') Lepasni beli barang semua nak merah jambu jurr, acah gegirls sangat ni. Memang girl kan? Hahahaa.


Sebelum siap kemas. Kemain banyak barang!

Last kemas barang banyak cenggini tahun lepas masa nak keluar asrama. Banyak begitu lah barang barang, biasanya dia makin beranak pinak, so nanti nak balik lagi banyak lah jawabnya? Nak pergi ni tak bimbang sangat sebab ramai tentera datang membantu :D Hahahaa. Gunakan tenaga mereka sebaiknya yee. Teddy bears tu nak mengikut pergi jugak.




Iolls berkenan dengan beg kartun tu sebenarnya :D Tapi lil brotha cakap 'syaitonnn' kalau beli jugak confirm ah umi bebel tak berenti. Hahaha. Persoalannya sanggupkah nak galas beg kartun ke uni nanti? Lupa diri dah makin menginjak dewasa, ingatkan nak masuk pra sekolah. Okay tak lawak. Nantikan ceghita ceghita di menara gading yee, MDS menanti diriku :D Moga dapat rakan rakan yang baik kat sana nanti. Doakan saya yee.


XOXO Happy reading <3


1 ulasan:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    BalasPadam