16 Ogos 2017

Pantai Bukit Keluang

Hai guys!

Entri throwback, ni cerita semalam. Sebab keluar tengahari balik pun dah petang pastu hujan lebat so tak leh nak on wifi end up tak leh nak update blog. So masa tengah free ni nak update lah. Tak nak bebel sangat lah hari ni.

Malam selasa, saya whatsapp dengan Aqilah pastu decide nak jumpa 'little family' sebelum masing masing duk jauh T.T sob sob sob. Sedih ni nak berjauhan dengan mereka. So kami plan nak keluar makan makan pastu lepak pastu huhahuhaaaa. Saya ditugaskan untuk cari kedai, so google jee. Tapi terlajak ke Kuala Besut sebab tak perasan kedai ni hahahaa.

Chef's Restaurant
Perut masing masing dah kenyang, so jom gerak cari port nak lepak pulak. Tempat biasa kami pergi Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar tak cun sangat pastu takde tempat yang selesa untuk kami lepak duduk borak borak. Nasib macam menyebelahi kami, sebab sampai sana tak ramai orang pastu air pun tak pasang sangat so boleh lah kami menjelajah lebih sikit. Seriously ni kali pertama saya dan pompuan berdua masuk gua dekat Bukit Keluang tu. Takde lah gua sangat, dia macam lorong berbatu, i think it was cave lah! Dah lupa pulak geografi dulu belajar pembentukan gua dari batu tunggul apa semua. Kalau tak lagi panjang saya hurai. Bukan dah janji tak nak bebel ke? Ok lah biar gambar berkata kata.

Seketul Pulau Rhu. Saya dah dua kali berbanana ke sana. 
Teruja tengok air, rasa nak mandi. Ops lupa ni air laut, dia masin so tak berapa best nak mandi air pantai. Tapi sempat lah jugak buat buat tercelup air (menyampah betul pompuan ni) Mr S jadi tour guide kami sebab dia dah pernah datang area ni, so dia survey laluan boleh lalu tak, air pasang surut pukul lima pagi nyonya bangun pagi siram pokok bunga lalalaaaa. Eh dah kenapa nak nyanyi lagu pulak? Maklum lah bila si princess terlebih excited jumpa gua kononnya.


Hey kamu gadis berbaju ungu lalalaaa
Gadis berbaju ungu yang pakai skirt ke pantai pastu nak panjat batu tu si princess. Mana lah tau nak kena main panjat panjat cenggitu, kalau tak iolls pakai tracksuit bawak backpack baru lah feeling lebih lagi kan? Actually, tebing tu tinggi, kalau jatuh kebarangkalian untuk cedera tu 70%. Mana nak cari sahabat susah senang begitu kan? T.T rinduuu mereka berdua.


Kami berada di dalam gua. Betul lah kan gua?

Sebab pompuan bertiga ni terlalu teruja masuk gua, makanya mereka sebok nak bergambar nak acah acah buat video travel lah kan. So tour guide kami dah hilang dari radar, so kami acah tahu jalan terus keluar. Pastu iolls dah warning dekat pompuan berdua kemungkinan besar si tour guide akan buat game 'surprise' untuk kami so get ready yee. Kami bertiga pun jalan keluar, dah keluar pun. Pastu boleh pulak si Aqilah cakap kita masuk balik gua lalu ikut laluan satu lagi. Beb laluan tu gelap serious takde cahaya. Iolls dengan Alyana jalan kat depan, siap on kan lampu henfon tau nak suluh jalan, tup tup tu bukan jalan yee. (Lawak apakah Aqilah buat?)  So kami berdua dah pot pet pot pet sebab tu bukan jalan. Out of the blue, dalam perjalanan nak patah balik tu ada satu lembaga duk berdiri kat tepi sambil jerit dekat kami. Terkejut lah jugak sebab masa masuk tadi kan mana ada orang lain, kan dah cakap si tour guide akan buat 'surprise'. Aqilah terduduk sebab terkejut, pastu Alyana memang lari keluar dah lupakan si Aqilah. Si princess jee lah still cool gitu, well me tak mudah nak terkejut. Taktik si S tu memang saya dah tau sangat. Bukan tak pernah dia buat 'surprise' camtu.

Little family a.k.a my happy pills

Nanti saya akan rindu mereka dan detik bersama. Entri ni taknak ah emo emo. Hahaa. Terima kasih luangkan masa sebelum masing masing sibuk. Lepasni dah susah kita nak jumpa camni, nak kumpul berempat camni. Iolls nak sambung belaja ke USA >,< pastu si S nak masuk tahanan dah nanti. Rindu. Moga awak berdua dapat kejar impian yee, dapat apa yang awak berdua nak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan