12 Ogos 2017

Pulau Perhentian

Hai guys! 
Percutian pendek ke Pulau Perhentian, nak curlass sikit kita bagi nama short vacation! Acah acah minah salleh sikit, sebab pergi Pulau khenn. (kat sana port berjemur diorang, so tak pelik ah) Percutian ni saya pergi  bulan lepas 26/07 hari rabu tak silap. At first tak confirm pun nak join, sebab ada yang takleh join atas sebab tertentu. Pastu lepas discuss semua dalam sepuluh orang confirm boleh pergi, sembilan pompuan comel + sorang lelaki burok. Lelaki burok tu Mr.S yee, mana boleh tak bawak nanti rindu (mohon korang jangan menyampah yee haha) Sempena hadiah birthday dia so i decided nak belanja lah lelaki itu, sebelum tu punya lah pening pikir hadiah birthday dia :) dah kenapa nak ceghita hal birthday pulak? Ampun kan princess yee lari topik pulak. Jom sambung ke Pulau Perhentian!

So pagi rabu tu dalam jam 8 pagi kami dah tercongok kat jeti Kuala Besut tunggu Abang bot kami, nak bayar duit apa semua, kami dah booking awal awal pakej percutian tu, so takde lah sampai jeti baru terkial kial nak cari bot. Dalam jam 9 lebih gitu kami bertolak naik bot, sempat lah saya melabur duit kat jeti beli topi. Feeling sangat kau bercuti ke pulau pakai topi! Ops lupa nak bagitau, kalau uolls pergi one day trip lebih baik beli terus makanan kat jeti tu bungkus, like nasik berlauk ayam goreng. Kami dah beli siap siap kat kampung bukan jeti tu. Makanan kat Pulau mahal uolls, coconut shake RM5! Pergi pasar malam dah boleh dapat air satu + keropok lekor dengan lima hinggit tu. Kalau pergi bermalam kat sana pun bawak lah bekal apa yang patut roti, maggi, coklat, air mineral kot kot nak makan tengah malam khenn, orang pompuan ni selalu lapar pastu bising takut gemuk. Eh? 

Parking kereta kat jeti Kuala Besut, Kalau parking kat sini kena jalan jauh sikit. 
So better masuk kat area jalan nak ke jeti tu.
 Kepada yang pergi dengan teksi boleh mintak hantar ke jeti terus.
Perjalanan untuk sampai kat sana lebih kurang empat puluh minit kot? Saya dah lupa, ampun yee. Nak bagi tips naik bot, pakai life jacket semestinya, pastu kalau boleh pilih tempat duduk kat belakang tepi abang bot pun takpee. Sebab kalau uolls duduk kat depan once bot tu lalu atas ombak besar dia punya gegaran macam nak tercabut isi perut, sumpah saya tak tipu! Saya dah alami yee, memandangkan saya ni kecik tapi comel hampir melambung saya T.T Untuk yang mabuk laut makan ubat siap siap yee. Paling terkejut, abang bot tu terus benti kat tengah laut bukan kat jeti, terus dia bagi gogel suruh kami snorkelling. Lawak apakah yang abang bot sedang buat? Kami yang pompuan majoriti tak tau macam mana nak snorkelling! Takde demo ke bang? Tapi perasaan excited mengatasi segalanya pabila tengok air yang kebiruan tu (melompat lompat nak terjun, tapi takut takut jugak) First point tu benti kat shark point, takde nya nak tengok shark kat situ, masing masing terkial kial nak kenal air nak imbang badan nak buang rasa panik. Kat sini kitorang macam belajar 'cara cara asas snorkelling' :') sob sob sob tak dapat usha shark.

Shark point. Kabur kat tepi sebab terlindung dengan sarung panda ku :)

Pastu point kedua kami benti bagi makan ikan, fish point ke apa entah nama :) Bawak roti banyak banyak yee, pastu bagi ikan ikan makan, serius comel sangat tengok ikan ikan tu berebut nak makan roti. Kat sini memang ralit ah snorkelling. Saya dah hebat! Dah handal nak snorkelling (riak sangat sebab dah handal ) dah reti nak berenang balik ke bot pastu mintak roti pastu pergi bagi ikan makan lagi. Saya tak ambik gambar, sebab tak berani nak bawak turun henfon kot terjatuh, tak ke haru kat situ. Pastu naik bot boleh pulak kaki ni tersepak dinding bot tu, habis berdarah ibu jari kaki. Merenung ke luar bot sekejap mengenang kan nasib kaki >,<  Tu lah sape suruh riak tadi kan dah dapat balasan.

Excited pegang roti nak terjun tapi sempat pandang kamera yee.


The next point saya tak turun, rasa letih campur ibu jari pedih lagi. Sampai kat turtle point baru saya turun snorkelling balik, kat situ ramai sangat orang. Abang bot cakap kalau nak tengok penyu pergi dekat orang ramai. Penyu ni susah jugak nak munculkan diri, tapi saya bertuah sebab dapat tengok penyu, dari jauh jee lha, tu pun kejap jee pastu penyu menyorok, hahaa. Tak syok nak snorkelling sebab ramai sangat orang, berlaga kepala lah, kepala kena kaki orang lah. Hmmm.


Ada berketul ketul manusia di situ. Tunggu bot kami uturn dulu.


Turtle point.

Dah lupa berapa point kami singgah, tapi saya paling suka bagi ikan makan! Nak pergi lagi nak bagi ikan makan jeee :) Ok stop, kita gerak ke Lata Air Berani pulak, nak bilas badan yang dah masin dengan air sungai pulak. Kat sana abang bot tinggal lama sikit kami, so kami ambik peluang makan (takde kedai pun kat situ, kami kan bawak bekal. Untung)  Saya sempat buat video acah acah jalan tepi pantai dengan Mr S, video dalam instagram yee (promote ig sat) Gambar pun saya upload kat ig jugak. Private gitu.



Cantik sangat air kat sini, jernih jee. Ayuh kita bergambar dan buat video seperti saya heheee.

.
.
.

Eh tunggu dulu, tak habis lagi ceghita saya ni. Pergi Pulau Perhentian rugi tau kalau tak hiking di Kincir Angin. Actually pakej kami ni takde pun ke Kincir Angin tapi kami bodek bodek ah nak pergi sana. Hahaha. Walaupun jalan tangga besi tu tak berapa nak cun sebab macam gigi ronggak tapi permandangan kat sana superb! Bagi saya yang gayat memang rasa seram ah nak lintas part ronggak tu. Kemain jantung ni dup dap dup dap. Alhamdulillah sampai jugak kat atas. (pengaruh gambar dalam ig dan blog kakpaten so saya lawan gayat) Orang lain mungkin dia hiking turun-naik ikut kampung nelayan jee, tapi kami naik ikut jalan tangga besi pastu turun ikut jalan ke kampung nelayan. Orang cakap makanan kat situ lebih murah, air coconut shake RM5 tu murah ke? Kitorang tahan rasa nak minum ais sebab tak nak membazir. So kita minum air mineral bawak dari rumah jee (kemain pakej bajet ) 

Kita nak panjat sampai ke kincir angin tu melalui tangga besi ni okay! Nampak tak tiang pagar tu dah roboh?
Tu tak seseram tangga yang ronggak yee kawan kawan.

.
.
.

Panjat punya panjat, akhirnya apa yang dapat?

Subhanallah. Indah Cantik semuanyaaaa :')
kasi zoom sikit. Nampak tak kejernihan air tu? Crystal clear water :')

Kami turun ke bawah, pastu semua dah penat, so abang bot hantar kami ke masjid untuk solat mandi makan apa semua. Jam 4 camtu kami bertolak balik. Semua dah ngantuk letih, muka takyah cakap dah jadi udang bakar, tapi tak kisah yang penting kepuasan tu. Pergi sehari pun dah cukup buat kami gembira, kalau bermalam lagi banyak aktiviti boleh buat like pergi kayak, tengok pertunjukkan api kat long beach. Bla bla blaaa dah letih. Next time kita ambik pakej camping pulak nak tak?

Road to Kincir Angin ! Tuan tanah kat depan yee :)



So nak ulang tips dan tambah tips ke Pulau Perhentian :

1) Pilih pakaian yang selesa untuk aktiviti air, better warna gelap bagi pompuan
2) Jenis tudung ikut keselesaan, saya pakai bawal crepe sebab cepat kering dan menjadi sentiasa.
3) Bawak bekal makanan dan minuman.
4) Kasut untuk hiking, tapi kami berselipar jee.
5) Pilih pakej siap siap, buat survey dekat instagram banyak. Kami ambik pakej belalang holiday.
6) Guna casing kalis air yee untuk langkah keselamatan. 
7) Bawak lah  GoPro ke apa semua supaya gambar cantik! Mr.S buat tertinggal GoPro -,-
8) Bagi yang mabuk laut prepare plastik, makan ubat dari awal.
9) Pakai lah sunblock supaya tidak berbelang seperti kami :D
10) Nak snorkelling yang penting rileks jangan PANIK !


Okay tu jee, jumpa lagi Perhentian!
Walaupun dalam negeri sendiri ni baru berpeluang ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan