28 Januari 2018

Muka breakouts?

Selamat tahun baru, rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucap tahun baru khenn. Maklum lah sejak jadi student ni, sibuk nau. Tak sempat nak lawat blog ni, nak update entri entri baru lagi lah tak sempat. Busy assignment katakan. Memandangkan saya sedang cuti sem, so let's update new entry!

Sebelum ni saya pernah update entri tentang skincare yang saya guna. Saya pengguna Nano Fresh White, sume produknya saya beli saya cuba. Actually Nano punya main purpose nak bagi kulit makin cerah gitu, It's just okay jee untuk saya, sebab tetiap bulan ada je cik jerawat datang menyinggah kat muka ni, pastu dengan aktiviti koko yang kena berkawad, memang muka ni jadi belang lah. Kulit muka saya pulak jenis yang mudah belang. Nano pun tak dapat nak nolong. 

Penghujung bulan disember 2017, saya guna cleanser baru konon nak hilangkan belang belang kat muka, so far okay lah. Tapi sekarang, muka saya berjerawat teruk! Ada yang tinggal parut lagik! Stress tau bila tengok cermin. So sekarang tengah usha scrub St Ives yang apricot (blemish apa benda ntah) tu and serum Garden Of Eden. Ramainya review produk tu elok untuk kulit muka berjerawat, kiranya boleh bantu masalah jerawat ni.


Saya pernah guna yang green tea tu, okay sangat! dengan bau wangi nya (because i love green tea!) setiap kali nak purchase jee out of stock, so saja beli yang oatmeal tu, sebab terpikat dengan dia punya 2 in 1 function tu. Saya tak suka sangat yang ni, dia cair pastu baunya gitu. End up tak guna sangat pun (bazir jee) So sekarang rasa nak beli yang apricot tu pulak.

So okay tak dua produk tu?