20 Februari 2018

Be Grateful.

Hai bloggers, 

Awak semua dah ucapkan Alhamdulillah untuk hari ini? Bersyukur lah sebab kita masih diberi peluang untuk menyedut oksigen hari ini, dan masih diberi kesihatan. Saya bersyukur sangat sebab saya masih diberi peluang untuk tinggal di kolej sem hadapan. Bila kawan kawan bagitau dah boleh cek keputusan kolej, terus saya cek. Alhamdulillah permohonan saya berjaya! Tak sangka tau ada rezeki lagi nak stay kolej, kalau tak agak berat lah jugak nak kena menyewa kat luar, ye lah dengan sewa pastu transport lagi. Mana nak cari duit woi? Harap kan En P pun cukup cukup makan jee lah. Saya punya target, sekurang kurangnya sehingga sem tiga nak stay kolej, kalau sampai tahun terakhir pun okay jugak. Hhahahaa. Jadik sem baru ni kena aktifkan lagi diri sertai aktiviti kolej! 

Abaikan rumah sampah yee. View daripada blok kolej saya, nun di atas bukit fakulti saya.
Budak UiTM Shah Alam ( i call it USA for short, feeling overseas ) confirm tau ni kolej mana, rasanya kolej perempuan yang paling famous lah, selalu happening ngan aktiviti. Sebab budak baru masuk UiTM yang first intake akan MDS so diorang memang kena stay sini sebelum pindah ke kolej lain. Jarak kolej ke fakulti saya pun tak jauh, selalu balik kelas jalan kaki jee sebab malas nak bersesak dalam bas. Pastu dekat ngan pusat kesihatan, dekat dengan pintu belakang UiTM , Icity Jakel apa sume tu lah. Strategik kan kolej ni. Bagi change lah nak promote kolej sendiri. Hahahaha. 

View daripada katil, cantik tau perabot warna merah.
Hari pertama daftar kolej. Berduyun duyun manusia.
Lepak makan kat gazebo.
Orang lain buat letak buku, saya buat little pantry. Hhahaa. (Maggi makanan asas)
Banyak lagi kalau nak cerita tentang kolej ni, rasanya tak perlu lah kot? Kalau ada sape spe berminat nak tau sila komen sebarang persoalan yang bermain di minda anda yee, ini bukan iklan yee. hahaa. Nanti saya rajin saya cerita tentang kos saya pulak yee, kehidupan saya sebagai pelajar universiti. Sebelum terlupa nak share tip nak dapat kolej, untuk semester satu tak perlu pikir sebab kolej untuk anda. Untuk semester seterusnya, korang join kokurikulum likes palapes, suksis, komander haa confirm stay kolej sampai habis punya! Pastu pegang any jawatan kan universiti/kolej. Paling senang aktifkan diri join aktiviti kolej dan universiti. In shaa allah korang dapat stay kolej. Kbaii nak makan maggi . Hahahahaa.

2 ulasan:

  1. Good luck on your study... makanlah maggi tu sampai kenyang :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks ! Makanan asas dari zaman asrama sekolah lagi tu. hahaa

      Padam