9 Februari 2018

PICNIC 2.0

Hai, actually ni semalam punya cerita nak update semalam tapi saya tak berapa rajin. Hahaha. Ceritanya, sekarang saya sedang menikmati cuti semester, semua kawan kawan pun balik bercuti jugak lah khenn. Jadi kami rancang lah aktiviti untuk berkumpul bergosip, ups. Rancang punya rancang kitorang nak buat bbq kat pantai, memandangkan ada yang nak hiking (rindu pantai rindu bukit) Saya tak hiking pun, takut makin kurus jee (padahal malas nak berpeluh) 

Pagi tu mendung. Sejuk jee.

Selesai hiking, bbq, makan makan sambil gosip (well girls) one of us nak mandi pantai, tapi yang lain semua tak nak mandi pantai, yee lah air pantai kan masin pahtu berlengas (paham tak?) dengan panas nya, so kami taknak mandi pantai. Tup tup terkeluar idea nak mandi sungai pulak! semua excited lah nak mandi sungai, jadi terus kemas kemas gerak ke sungai. 

Semua empat buah kereta, saya gerak ngan si s. Kitorang berdua lambat sikit sebab ada hal, dengan jumpa kucing pastu saya duk main main ngan kucing lagi. Sampai kat sungai, saya tak sempat merasa lagi air sungai tu okay, ada pak cik yang jaga tempat tu datang 'halau' kami, dia tak bagi mandi kat situ. Stress betul lah, dah lah pak cik tu muka langsung tak senyum! Apa takleh cakap baik baik ke? Rupa rupanya girls cakap at first dia nak mandi kat sungai sebelah tapi tak dapat jugak. Pastu s bawak kitorang pergi mandi kat sungai yang lain, cantik airnya jernih pahtu kehijauan yang cantik lah! Tapi dapat berendam kejap jee lah sebab si s ada kerja, pastu semua girls pun ikut gerak balik, awkward lah pulak nak stay lama lama kat situ, sebab area situ takde orang.


Acah perempuan berdahi licin. 

Okay, tu jee ceritanya actually saya ada upload video picnic ni dalam instagram, jadi kalau nak tengok boleh lah follow yee @eikaysf_ promote instagram sendiri, bila lagi khenn nak promote, hahaa. Rasa macam budak tadika buat karangan lah pulak, haishh mana pergi bakat mengarang cerita ni. Okay saya nak gi cari bakat yang sesat pulak, babaii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan