24 Februari 2018

Sabturdate

Hai bloggers! tinggal beberapa hari lagi sebelum saya berangkat ke USA, tak sangka cuti sem dah sampai ke penghujungnya. Ayuh habis kan sisa sisa cuti dengan aktiviti yang berfaedah seperti mengeluarkan duit dari purse! Hahaha shopping sikit hari ni.

food make me happy :)

So, pagi tadi saya ikut my parents pergi melawat little brother di asramanya. Singgah pasar beli makanan untuk dibawa berkelah di asrama. Pastu singgah mall boleh pulak terbeli seluar and cardigan. Seluar tu untuk pakai dengan jaket fakulti nanti pastu cardigan tu memang dalam list nak beli pun. Maka berterbangan duit duit ku di situ. Dah melawat little brother kita gerak balik rumah.

Oh lupa ada janji dengan si s nak keluar makan lepas zohor pulak. Haa tunggu apa lagi siap siap pulak nak keluar dengan si s. Keluar makan pastu boleh pulak dia offer nak bawak saya pergi Guardian! Memang mata bersinar bahagia lah bila dapat offer cenggitu, sebab bukan mudah si s nak offer bawak gi 'tempat terlarang' tu. Hahahaa. Maka berangkat lah si puteri raja ke Guardian menaiki labu yang dipandu oleh kuda kuda putih (apakah?) 

Guardian.
Boleh pulak Guardian buat offer untuk make up kit tadi! Gila gila offers rasanya tadi, terus i tercongok kat situ duk belek belek pallete yang cantik cantik. Nasib baik tak bersila tau. Si s dah mula rasa menyesal bawak saya masuk Guardian. Niat pergi Guardian nak tengok tengok jee. Well girls mana mungkin masuk situ keluar tangan kosong kan? Tambah dengan sale pulak?? Memang kena beli lah 'sesuatu'  walaupun tak terniat kan. Maka sekali lagi duit duit ku berterbangan. (jangan harap si s nak belanja barang mekap, dia bayar syampu dia jee) Dia bawak pergi Guardian pun dah cukup buat saya bersyukur. Alhamdulillah. Nak tengok apa saya beli?




Yes i has bought make up pallete! Saya tertarik dengan packaging dia tu, like a purse, memang curlass betul lah palette ni, pastu dia punya colours untuk blusher, contour and highloghter super cantik tau! Dia punya harga memang terbaik, rugi tak beli tau. Harga biasa around RM 5+ gitu, tadi saya beli dengan harga RM29.88 sahaja! Palette ni dia ada banyak kod, ada untuk eyes, brows, pastu untuk face. Yang face tu best sebab dalam tu sume dah ada, nak beli yang tu tadi, tapi tinggal tester jee dah sold out tsskkk. So saya pilih yang blush sebab blush takde banyak colour lagi. I'm happy. Actually last year saya dah beli palette cenggini dekat Guardian, masa tu dia cakap limited edition, so terus beli. Nampak tak excited tu. Hahaha

RM 29.90




Oh em jii, i fall in love with it! I just love their highlighter, blush, the colours and the brushes! Nak beli lagi boleh? Nak buat koleksi! Oh no si s dah warning, dia cakap 'no mekap for two months' . I need to 'puasa' daripada beli alat alat mekap lah gamaknya. In shaa allah saya cuba, hahaha. Kot terserempak dengan SALE lagi memang 'terbatal puasa' lah nanti. Hahahaa, #prayforme #savemefromsale trending kan hastag ku wahai rakan rakan blogger yang dikasihi sekalian.

Sat na, ceghita belum habis haihh, kalut nak pi mana?

Barang mekap dah beli, so si s tanya nak gi pantai tak? Pastu saya teringat nak cuba rasa milo ais kepal yang duk viral kat daerah saya sekarang ni, so kitorang gerak ke pantai untuk menjayakan misi mencari milo ais kepal. Actually si s dah bagitau benda tu biasa jee, tak best sangat. Sebab saya dah nak sangat kan rasa benda tu, so si s gigihkan diri cari benda tu. Dah memang rezeki, pastu si s belanja lah kan. Hahahaha. Dan hahahaha sekali lagi sebab memang tak best, end up makan tak habis pastu saya buang (membazir nya lahai)

Milo Ais Kepal ke Ais Milo Kepal?

Okay kita dah sampai ke penghujung ceghita, saya pun dah penat ni, seharian keluar. So nak rehatkan diri lah pulak. Penat buat aktiviti berfaedah hari ni kan, mengeluarkan duit duit ku ke tempat baru. Have a nice day ! Thanks you s <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan