28 Februari 2018

Vanity table from IKA.

Hai girls?

Bila makin meningkat dewasa perempuan dengan alat mekap memang sangat kamceng gitu kan? Saya tabik lah kat pompuan yang jenis '' i don't care bout makeup.'' ,'' make up sale? it's important.'' Tahniah lah sebab awak masih boleh melawan nafsu mekap tu, yee lah boleh takdek perasaan pun tengok alat mekap ni. Beruntung tau sebab dapat save your money, but saya sejenis yang suka membeli tapi jarang guna yee, satu kepuasan bila beli barang mekap ke skincare produk ke. I love it! Dulu suka usha skincare sekarang dah makin dewasa ni boleh pulak tersuka makeup makeup. Lepas dah suka usha benda alah tu boleh pulak terniat nak ada vanity table sendirik haa. Susah eh jadik dewasa ni, semua benda nak tersuka tanpa sengaja khenn? 

Since saya dah bercita cita nak ada vanity table ni (wahhhh kemain) so kena ada money, tau kan apa itu seketul money? No need to explain about what the meaning of money okayyhh. Memandangkan saya masih lagi pelajar sepenuh masa yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan serta masih bergantung dengan elaun ibu bapa jadik impian nak ada vanity table tu kena simpan dulu. Kena tunggu dah kaya raya yee baru boleh gi IKEA beli vanity table tu. Doakan saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, mana tau nanti boleh sponsor giveaway alat mekap ke khenn? Bagi chance saya berangan dulu yee.

Sepah nya lahaiii

Saya takde lha vanity table yang dari IKEA tu, tak mampu nak lagik nak beli, nak tunggu IKEA bukak store kat Terengganu ni saya gi beli yee. Hahahaha bila tu? Memandangkan jiwa dan raga ni dah meronta ronta nak kan vanity table so kita design jee meja solek yang ada ni biar jadik ala ala vanity table. Daripada takdek langsung kan, at least boleh ubat kan hati, so let kemas kemas meja solek! Jadik perempuan kena rajin mengemas yee. Nanti takdek orang nak masuk minang haa. Eh dah jauh pulak merapu nya. Ok gurau.

Vanity Table From IKA (shor for Erika) IKEA tak mampu lagi

So tu lah vanity table saya, daripada IKA hahaha. Bagi nama sendiri mana tau one day boleh bukak business macam IKEA khenn? Doa doa kan lah kejayaan daku yee. Hehehehe.

Actually, saya spesies yang tak suka ada barang barang kat atas meja solek. Biasanya semua saya letak dalam laci pastu dekat belakang cermin tu ada rak, so susun kat situ. Sebab space meja solek tu tak besar pastu cepat jee berhabuk dan alasan yang paling diterima adalah anak buahan saya. Bila anak buahan balik bercuti dia memang suka masuk bilik saya, maka habis lah lipstick eyeshadow saya dia duk main main. Lipstick saya pernah dipatahkan yee dan serum saya hampir sebotol dia tuang kat atas meja tu sampai ke lantai pastu dia boleh tabur bedak atas lantai. Jadik langkah terbaik saya letak dalam rak belakang cermin. Serum bukan murah yeee. tsskkk.

Brushes.
Bila tengok youtube, nak decorate vanity table ni sebenarnya tak perlu berhabis banyak duit pun dia lebih kepada recycle your things, diy project gitu. For me, bekas letak brush tu sebenarnya bekas sos prego. See saya tidak membazir yee, takyah nak beli yang lain guna jee apa yang ada. Contoh pergi kenduri kawin biasa nya dapat door gift, so bila dapat balang kaca saya suka simpan. Door gift banyak bekas bekas yang comel design menarik, so boleh lah guna untuk deco vanity table, buat letak beauty blender ke. It depend to the saiz bekas tu sendiri and your creativity. Diri sendiri yang tentu kan sama ada nak berhabis duit untuk benda yang simple atau buat sendiri #letsaveourmoney . My brush tu beli dekat Mr Diy jee, yang Hello Kitty tu kat kedai area Giant pastu ada jugak brush dari palette yang saya beli di Guardian (cek my prev entry) I love brush! 

I feel hungry right now, i nak eat dulu. Thank for reading!





2 ulasan:

  1. wahhh cantiknye meja solek dia.. hehe.. aff pun org ganu ni,,salam kenal ika ^^

    https://jajastollymolly.blogspot.my/

    BalasPadam