31 Mac 2018

Chapter 3 of 12



Hai guys!

Entry kali ni, untuk sebulan terus. Macam entry throwback lha ni, semua kisah sepanjang mac saya akan cerita dalam entry ni. Yang mana saya sempat highlight jee lah, takkan pasal tunggu bas nak gi fakulti pun nak cerita khenn. Hahahha. Okay let's start!

Kolej
4 mac adalah hari saya mendaftar masuk ke kolej, alhamdulillah semester ni masih diberi rezeki untuk menetap di kolej. So saya dapat blok baru dimana bilik berdua di tingkat lapan (terima kasih lif kerana berkhidmat kepada saya sepanjang sebulan ni) View dari tingkat lapan ni sangat cantik,  dari tingkat saya boleh nampak fakulti saya padang bola stadium etc. Marvellous! Semua baik baik kecuali tilam yang tidak empuk (tapi masih tidur dengan lenanya) Hahahaha.

Koko
Untuk sem baru ni saya dah tak jadi semut berkawad satu dua horayy horeyy! No more kawad! Saya adalah spesies hidupan bumi yang tak suka aktiviti sukan tak suka nak berpanas berpeluh ni, so say no to koko yang berkaitan dengan sukan yee. Nak something yang tak stress yang boleh release tension setelah otak penat mentelaah subjek subjek lain yee. Drama! Yess saya masuk koko drama, pilihan yang tepat, sebab this koko is so fun! First class pun dah jadi haiwan untuk intro, pastu berlakon dengan dialog pingu. Funnnnn gilerrrrrrrrrr! 

Subjek universiti
Ada tiga subjek universiti yang kena ambik untuk sem ni (tolak koko tu) First CTU, tapi kami tak dapat lecture lagi untuk subjek ni, dah 4 weeks kot, no comment nanti saya stress. Second ELC, nampak simple tapi agak susah, sebab kena berlakon secara spontan yeee, spontan in english! Masa semua ditetapkan, it's like MUET, tapi yang ni kena acting muet more to discussion in group. Sampai ke tengah malam shooting pastu nak kena edit video lagi etc. Third is TGC, which is bahasa ketiga, dan kau tak seharusnya.. (ok stop it) saya ambik bahasa jerman, ni dah level II. Untuk bahasa ketiga ni taktau nak cerita apa yee, hahaha.

Subjek kos
Ada lima subjek kos saya, of course semua assignment and semua ada final exam kali ni. Sekarang tengah busy untuk settle kan site visit pastu bermula lah groupwork. Untuk individual assignment just certain subject yang ada, dan sekarang tengah mula mencari inti inti karipap untuk assignment. Wish me luck! Budak universiti lain dah final dah nak cuti tauuu sobsobsosbbb. It's okay we're rare and limited! Proud to be UiTM's student.

Random
Shopping and eating, well girls dua benda ni takleh lari dah, memang fav sejak azali khenn. Hahahha, bulan ni rasa nya banyak guna duit sebab banyak membeli dan membelah. Kena berjimat cermat ni. Wish me luck again! By the way saya ada beli skincare baru, nanti saya reviews yee kalau tak busy (tak promise tau) And last, for the first time saya tengok bola kat stadium and jadi penyokong tau, kena nyanyi bagai tu. Saya takde lah fanatik dengan bola ni so pergi pun sebab terdaftar pastu untuk kupon, tapi not bad lah tengok bola kat stadium ni, dia jadi bersemangat betul tau. 

Kolej Saya. Taking with One+Two.

Got to go, will update more and more. Have a nice day guys!

1 ulasan: