11 Julai 2018

Raya ft Pulau.


Selamat tengahari guys!

Seperti yang dijanjikan saya akan update cerita raya dipulau pulak. Betul lah sesuatu yang tak dirancang or we call as last minute plan ni memang selalu jadik khenn, 90% boleh proceed ke step seterusnya. Contohnya cerita raya saya kat pulau ni lah, last minute punya plan sebenarnya.

Tempat perbincangan.

Pantai tak pernah mengecewakan.

Alkisah di hari raya ketujuh, kami sekeluarga keluar jenjalan pastu singgah kat pantai(well terengganu banyak pantai so haruslah beraya pun ke pantai) Masa tu satu keluarga except my daddy yang tak ikut atas sebab tertentu, berlatarkan view pantai, angin bayu yang menyapa suasana pastu ditambah lagi dengan hidangan ikan celup tepung, ais jagung etc kitorang borak borak cam biasa. Out of the blue, kakak sulung cakap 'kak long dok rajin gi lagi perhentian'. Yeahh can you imagine rakyat terengganu tapi tak pernah jejakkan kaki ke Pulau Perhentian, sedangkan pengunjung dari negeri lain berpusu pusu ke Pulau Perhentian. So bila rakan sekerja tanya kakak saya 'camne Pulau Perhentian? Cantik tak?' ofcos she can't give the answer. Awkward jee nak bagitau tak pernah pergi sana khenn. Saya ngan abang saya dah pernah pergi so tak mengalami situasi awkward begitu, saya boleh bagitau 'Perhentian cantik sangat! Tak puas snorkelling!' And yeahh kalau ajak pergi lagi memang saya nak pergi. 

Tepi pantai ada buaian fuhhhh.

Disebabkan kakak kakak yang tak pernah pergi so kami decided nak pergi keesokan harinya. What? Chill lah rumah saya nak ke jeti lebih kurang 30 minit jee, tak jauh. So petang tu terus my daddy call his friend nak book bot pergi pulau besok, at that time semua sibuk kemas baju (acah jee, padahal sehari jee pun pergi. hhahahaha)

Memandangkan saya dah pernah pergi so saya guna pakai tips ni (Tekan sini)  So kita buat cool jee sebab dah berpengalaman, giler acah pompuan ni khenn. Kak long yang paling excited siap nak bawak luggage, sape nak heret luggage dalam air? haa jawab. Hahhaahaa. My mummy prepare bahagian makanan, sebab makanan kat sana a little bit mahal. Lagipun kitorang pergi satu hari so boleh lah nak bawak bekal sendiri. Selain kak long, anak buah buahan saya pun excited, tak tido malam haa nak main air, tak sabauuu betul.

Pagi raya kelapan dua buah kereta bertolak ke jeti Kuala Besut, pukul lapan pagi dah kat sana tunggu bot. Lepas naik bot sume dia stop dekat fauna bay tak silap, kami nak tukar baju pastu untuk buat water confident, kalau yang saya pergi dulu terus dia drop dekat first point pastu kena snorkelling takdenya nak water confident dah macam survival skill pulak time tu. Paling excited tak takut air anak buah buahan lah, seronok betul budak berdua tu bila dapat main air laut pakai life jacket lagik seronok sebab terapung khenn. Kakak kakak dengan adik laki saya tak berapa nak confident so setiap kali bot drop kat point diorang tak snorkelling, tak berani katanya pastu tak yakin ngan life jacket, saya memang turun semua point, turtle, shark, coral, fish. Sebab bot saya ada dua family pastu ada budak budak ramai so driver boat banyak drop dekat tepi pantai so kaki boleh pijak tanah, kat situ lah semua orang turun main air yang mana tak confident pun confirm jadik confident hahahahaa. Pastu benti makan and sambung snorkelling mandi dekat lata air berani and boat hantar kitorang kat fauna nak tukar baju solat sume. Lepastu balik, memang penat ah sume campur muka saya takyah cakap suntan! Malam tu berkemas sebab besok pagi saya dah nak balik USA tskskk. 

air bluemint ke ni?

baby shark doo doo doo punya point.

Sini ada ikan ikan jugak.



Perkampungan, ada sekolah masjid kedai makan.

Kreatif khennn jeti dia. HAHAHA.

Balik duluuu, jumpa lagi Pulau Perhentian.

Cuti cuti ni taknak snorkelling ke? Tambah suntan kat muka ni haa, muka belang tak kisah asal hati senang khenn, datang lah ke Pulau Perhentian tak menyesal! And kali ni saya tak hiking sebab ada budak budak so tak sesuai untuk aktiviti hiking. One more thing, pergi pulau kalau tak snorkelling memang rugi! So be confident! See you soon guys!

1 ulasan: