10 Julai 2018

Raya? Why not.

Hai guys! so sekarang saya tengah cuti semester sebab baru habis exam. Alhamdulillah untuk semester kedua dan tahun pertama ini. Blog pun dah lama menyepi, i didn't have enough time untuk update new entry, asyik site visit assignments manjang walaupun banyak story yang nak share, tapi apakan daya daku kesuntukkan masa. Memandangkan cuti bermula dan saya dah free dari segala assignments test etc saya akan cuba sedaya upaya untuk selalu update entri baru yee. #Prayforme !


First syawal acah ayu ayu gitu :)
It's still Syawal right? So why not kita mula dengan entri raya 2018! Selamat hari raya maaf zahir dan batin guys, walaupun kita tak kenal khenn, maaf kalau tersalah bahasa dalam berblogging, terlepas pandang sebarang komen. So let's raya again ... i mean let's start with my raya stories.

First syawal macam biasa, bila dah usia makin meningkat ni so strategi raya mula mengalami tranformasi (tudiaaa ayat) Maksudnya dulu zaman budak budak first raya lah nak pakai baju paling letops nak bergaya sebab nak menunjuk kat kengkawan konon paling diva khenn. Pastu bergaya bawak beg nak kutip duit raya kat rumah jiran jiran, bab makan tak kisah pun asalkan dapat duit raya. Tapi tu dulu, zaman budak budak. Sekarang first raya pakai baju raya simple jee sebab dah tahu kena duduk dapur jee, keluar beraya pun area depan rumah jee, nak jauh sikit balik kg tapi still kena masuk dapur #anakperempuan. Raya tahun ni patutnya semua beraya kat rumah my parents, tetiba kakak raya kat rumah mertua dia dulu so tak complete jugak lah gambar keluarga kali (antara benda paling susah nak capai target) 

Second syawal, struggle nak posing kat situ takyah cite :')

Hari kedua raya bermula lah sesi bergaya dengan baju raya yang letops untuk keluar beraya tetapi tak dapat duit raya. Hahahahaha. Raya rumah kawan kawan cikgu cikgu jee. Since raya kali ni saya diserang oleh segerombolan ulser (enam bijik jee tak banyak!) so pergi beraya pun takleh nak makan banyak sangat, makan guna sudu uolss sebab sakit sangat, so memang takleh nak merasa sangat keenakan juadah hari raya. Okay ini betul betul sedih, lagi sedih daripada tak dapat duit raya! Dah besar lebih kisah nak makan jee khennn. Memandangkan saya nak final exam lepas raya so just dapat raya seminggu jee lepastu balik universiti beraya ngan buku pulak. Walaupun kejap sempat lah jugak merasa pergi open house, celebrate birthday, bawak kucing kucing pergi klinik (eh tiberrr?) paling epic beraya di pulau okay! Disebabkan ni waktu lunch hour so saya nak lunch dulu nanti next entry saya update cerita raya di pulau pulak yee. Selamat hari raya :)





2 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya. Tak terlambat lagi kan hee. Lawanya gambar :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/hadiah-dari-blogger-aswaleyla.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. as long as kita di bulan syawal, so raya tak habis lagi. Thanks you :)

      Padam